Datuk Seri Azmin Ali

GOMBAK – Tidak sampai 24 jam selepas Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka semasa PRU-14 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpendapat, ia perlu melalui meja rundingan terlebih dahulu.

Beliau berkata, hanya dengan berunding boleh mengelakkan daripada pertembungan antara parti dalam Perikatan Nasional (PN).

“Runding, runding,” kata bekas Timbalan Presiden PKR yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ketika ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang berkata, BN mahu kekal bertanding di kerusi yang dimenangi mereka semasa dan selepas PRU-14.

Pada PRU-14, BN memenangi sebanyak 79 kerusi Parlimen dan enam kerusi PRK antaranya PRK Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, DUN Semenyih pada 2 Mac 2109, DUN Rantau pada 13 April 2019, Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019, Parlimen Kimanis 18 Januari lalu dan DUN Chini pada 4 Julai.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi bayangan bahawa PRU-15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat.

“Pilihanraya lambat lagi. (Kalau dalam masa terdekat berlaku PRU15?). Kalau…jangan kalau, kita fokus kepada ekonomi, isu rakyat, negara. Itu keutamaan kita,” katanya.

Ahad lalu, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan PN bersedia untuk menghadapi pilihan raya sekiranya ia diadakan secara mengejut pada bila-bila masa.

Beliau juga berkata, ini kerana kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah mempunyai kriteria yang mencukupi dalam menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

BN mahu pertahan kerusi PRU14, PRK

 

6 Komen

  1. BERSATU perlu bertanding bagi merebut kerisi MP umno yang lompat. Sebab kerusi yang dimenangi itu dulu adalah atas tiket UMNO. Kena bertanding banyak kerusi dan menang untuk dapatkan kerusi PM. Barulah adil.

  2. Hampa join umno lah senang… Biar Bersatu diketuai oleh TUN.. Muyidin n geng boleh join umno semula jgn kacu Bersatu TUN

  3. Hang ni sembang apa, Azmin…? Sedar diri sikit, awak tu merempat ngemis simpati dari orang, toksah berlagak nak jadi tuan. PN pun bukan satu kerajaan kukuh. Lantikan TSMY pun kerana sokongan kuat dari MN saja setakat PRU15.

  4. Slm, nak join dgn umno?boleh ka? dlmn umno boleh setuju ko?habis tu Azmin Ali mcmna? dti’Mustafa mhd bgaimna?,11org mantan pkr tuu apamcm?takkn nak di tinggalkn?,Muhiyuddin di pecat dri umno, tpi yg Azmin &rakan2nya yg lain tuuu,sebb jdi pengkhianat parti pkr,nanti masuk umno jdi pengkhianat pula mcmna umno?,takkn umno nak kasi Azmin jdi bosss kut!,boleh bertanding pru@prk bila tiba waktunya?,kenala bermula dari bawah kut, boleh ka Azmin tuu,asalkn nmpak pisang bnyak manis buahnya, @cili bnyak mkemerah-merahan terkam nak makan, katak pun mencari mangsanya,,, lompat si katak lompat,,,……

  5. Umno tidak perlu terima katak lompat. Tidak kira dari parti mana. Sebab Kalau keturunan katak tetap Dia Akan melompat untuk Mencari makan. Terutama Dari Umno yang jadi katak. Seperti tok PAH Dan yang lain2. Biarkan dia. Kerana tidak setia pada parti.

Comments are closed.