Sekumpulan pakar forensik mambawa mayat Park Woon-soon yang ditemui di Gunung Bugak, Seoul. foto Reuters

SEOUL – Polis menemui mayat Datuk Bandar Seoul yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu.

Kehilangan Park Woon-soon dilaporkan oleh anak perempuannya selepas Datuk Bandar itu meninggalkan mesej sebelum meninggalkan rumah.

Mayat Park ditemui di Gunung Bugak dekat utara Seoul, berhampiran isyarat akhir telefon bimbitnya dikesan.

Punca kematian masih belum didedahkan.

Sebelum kehilangan Park, seorang kakitangan wanita telah memfail dakwaan gangguan seksual ke atas Datuk Bandar itu namun setakat ini tiada pengesahan penemuan mayat tersebut dengan tuduhan berkenaan.

Park tidak ke pejabat pada hari Khamis, membatalkan semua mesyuarat dengan pejabat presiden di Dewan Bandar Seoul, menurut pegawai Kerajaan Metropolitan Seoul.

Polis memaklumkan kelibat Park dikesan oleh kamera keselamatan pada jam 10.53 pagi berhampiran dengan kawasan terakhir isyarat telefonnya dikesan.

Kira-kira 600 orang anggota polis dan bomba terlibat dalam gerakan mengesan Park pada hari Khamis dengan menggunakan dron dan anjing pengesan.

Park dilantik sebagai Datuk Bandar Seoul pada tahun 2011 dan dipilih untuk penggal ketiga dan terakhirnya pada bulan Jun tahun lalu.

Sebagai anggota Parti Demokrat Liberal, Park dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai calon presiden yang berpotensi dalam pemilihan 2022. – MalaysiaGazette