Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad kerana keterlanjurannya memperlekehkan UMNO dengan ungkapan ‘tidak laku’ nampaknya tidak diterima.

Perkara itu disuarakan sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri dengan menegaskan UMNO akan kekal menuntut kembali kerusi Parlimen Mersing yang dimenangi Abdul Latiff sebelum ini.

“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO.

“UMNO kekal relevan. #UMNOBangkit #UMNOjagarakyat,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff semalam yang mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kenyataannya ‘UMNO tidak laku di Sabah’ telah disalah anggap.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mahu Mersing diberi kepada UMNO semula ekoran kenyataan Abdul Latiff.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tuntut kerusi Mersing secara perlembagaan,
    kalau boleh tuntut kembali semua kerusi milik UMNO yg telah dibawa lari,
    tolong kekalkan UMNO sebuah parti yg berMARUAH!!

Comments are closed.