KUALA LUMPUR – Puteri UMNO Malaysia mahu pucuk pimpinan parti bertegas dengan mengambil semula semua kerusi yang ditinggalkan wakil rakyat parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.
Anggota Exconya, Nor Hasimah Abu Hassan berkata, sayap parti itu mahu memastikan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan diletakkan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN), bukan mengekalkan mereka yang melompat ke parti Bersatu dan Warisan atas tiket Perikatan Nasional (PN).
“Semua kerusi Parlimen dan DUN UMNO yang wakil rakyatnya lompat parti, adalah milik serta hak UMNO pada PRU-15 ini.
“Kami menyokong penuh bukan sahaja kerusi Parlimen Mersing malah semua kerusi bagi mereka yang melompat parti meninggalkan UMNO adalah milik dan hak UMNO dalam PRU=15. Nokhtah!,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan balas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad yang dalam kenyataannya menyifatkan UMNO sudah tidak relevan lagi.
“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO. UMNO kekal relevan,” ciap Ahmad Zahid di Twitternya semalam.
Ahmad Zahid membuat hantaran di media sosial itu sebagai respon terhadap Dr. Abd. Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing yang membuat kenyataan dalam forum terbuka dengan berkata, UMNO di Sabah tidak lagi laku dan ramai ahlinya yang telah menyertai Bersatu.
Selepas PRU14, ramai Ahli Parlimen UMNO lompat parti menyertai Bersatu dan Warisan.
Mereka ialah Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) dan Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu).
Turut melompat ialah Dr. Abd. Latiff (Mersing), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), dan Datuk Rozman Isli (Labuan) menyertai parti Warisan.
Semua mereka antara Ahli Parlimen dari UMNO yang menang atas tiket BN, tetapi menyertai Bersatu selepas BN tewas dalam PRU14 pada Mei 2018. – MalaysiaGazette

















Berbaki 2 tahun lebih je lagi Latiff ni jadi MP, itu pun kalau tak bubar parlimen!
Lepas tu masuk longkang lah jawabnya!
jangan lupa semua kerusi majority melayu mesti atas UMNO/PAS sahaja no more utk MCA or MIC… MCA/MIC perlu bertanding di kerusi DAP/PAN
yes
Apa ingat umno tu orang suka ker… Mimipilah
Suka tak suka bukan urusan kepala bapak kau!