Para peguam yang mewakili syarikat Habib Jewels Sdn Bhd dan UMNO Kedah berkaitan kes lucut hak wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk penangguhan pemulangan wang sebanyak RM1.15 juta yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) milik UMNO Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd.

Dana itu dikaitkan dengan skandal penyewelengan sebanyak RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yag diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Moh Ghazali menolak permohonan pasukan pendakwaan kerana merasakan tidak ada keperluan untuk terus menangguhkan pemulangan wang tersebut sebentar tadi.

Pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya,  Abdul Rashid Sulaiman memohon untuk penangguhan memandangkan pihaknya sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penolakan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi ini menolak permohonan pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1.15 juta yang disita daripada dua entiti berkenaan.

Pada 13 Disember tahun lalu, Mohd Nazlan menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak harta tersebut, berdasarkan pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes pelucutan hak terhadap kedua-dua entiti itu.

Pada Jun tahun lalu, SPRM memfailkan perlucutan hak harta terhadap 41 entiti, yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan bagi mendapatkan semula RM270 dana berkaitan 1MDB.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Mahkamah Tinggi di sini telah menolak saman sivil SPRM terhadap syarikat teknologi maklumat (IT) AGA Touch (M) Sdn Bhd untuk melucutkan RM3 juta yang didakwa dari 1MDB.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan demikian ketika semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini dengan memberikan sebab pendakwaan telah gagal membuktikan wang itu hasil aktiviti haram seperti didakwa.

AGA Touch adalah antara 41 kumpulan, syarikat, dan individu tempatan yang disasarkan dalam saman SPRM yang menuntut penyitaan sebanyak RM270 juta yang didakwa berasal dari 1MDB. –MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.