TERKINI : Tun Mahathir Masih Bersama Pakatan Harapan – Khalid Samad

Terlalu awal bagi Perikatan Nasional (PN) bergembira dengan pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti Warisan keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) sebagai blok bebas.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Nasional (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, ini kerana Mahathir bersama lima yang lain dan Warisan masih kekal bersama pembangkang dan mempunyai agenda sama iaitu menjatuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ PN.