Kemusnahan hutan hujan Amazon semakin buruk. Foto Agensi

BRASILIA – Kemusnahan di hutan Amazon, Brazil meningkat kepada 10.7 peratus pada Jun tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas menjadikannya peningkatan selama 14 bulan berturut-turut.

Data yang dikeluarkan oleh Agensi Kajian Angkasa Kebangsaan, Inpe itu memberi tekanan kepada Presiden Jair Bolsanaro yang ketika ini dikritik susulan kemusnahan hutan hujan terbesar di dunia itu.

Menurut Inpe, dalam tempoh enam bulan pertama 2020, kemusnahan di hutan tersebut kini meningkat 25 peratus kepada 3,066 kilometer persegi.

“Tekanan semakin tinggi.

“Data kemusnahan hutan itu sendiri menunjukkan kita sekarang berada di dalam situasi yang rumit dan tidak terkawal,” kata Ketua Bahagian Sains WWWF- Brasil, Mariana Napolitano.

“Sekiranya berlaku satu lagi kes kemusnahan hutan pada bulan Julai, Brazil kini menuju ke arah kemusnahan tahun lebih 15,000 kilometer persegi atau kawasan yang lebih besar daripada Connecticut,” kata Pengarah Sains Institut Penyelidikan Alam Sekitar Amazon Brazil, Ane Alencar. – Agensi