Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menunjukkan kertas tertera nombor 1 berikutan hanya 1 kes baharu dilaporkan dan kes baharu tersebut adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan tiada kes penularan dalam negara dilaporkan hari ini pada pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan contoh sebuah negara yang mana para peminpinnya melihat kepada sains dan penduduknya mematuhi dan menyokong kepimpinan mereka.

Presiden Pakar Bedah Endokrin Australia/New Zealand, Dr Julie Miller berkata, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan telah bertindak membuat keputusan yang sukar pada awal penularan wabak Covid-19.

Malah katanya, keputusan tersebut dibuat sebelum kes pertama dilaporkan.

Dr. Julie Miller. foto: Twitter

“Kawalan sempadan, ujian, penjejakan yang ketat dan mesej yang terbuka, jelas dan konsisten, sidang media harian selain keputusan berdasarkan bukti dan fakta,” katanya dalam akaun twitter hari ini.

Menurut Dr. Julie, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkerja siang dan malam sejak Januari lalu dan para pegawai mendengar dan melaksanakan nasihatnya.

“Masyarakat awa mematuhinya. Dan hasilnya, Malaysia yang merupakan negara Asia dengan masyarakat majmuk telah melakukan dengan baik (memerangi penularan Covid-19) dan Dr. Hisham diangkat sebagai hero negara,” ujarnya.

Seorang kanak-kanak tidak melepaskan peluang melihat lukisan mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2020.

Bagaimanapun apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) adalah sebaliknya apabila Ketua Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr, Anthony Fauci menerima ancaman bunuh.

Katanya, pada masa sama beliau berbangga dengan kebijaksanaan dan kerja keras Dr. Noor Hisham dan berasa sedih dengan apa yang berlaku di negaranya.

“Tahniah Dr. Noor Hisham. Semoga kami semua belajar daripada misi dan kepimpinan anda,” katanya.

Pada Khamis lalu, Melbourne memulakan perintah berkurung, sekali gus kembali mengamalkan beberapa peraturan ketat, hanya beberapa minggu selepas bertarung dengan ancaman pandemik Covid-19.

Susulan perintah, semua penduduk diminta berada di dalam kediaman masing-masing selama enam minggu, selepas pendekatan digunakan sebelum ini gagal mengurangkan bilangan kes. – MalaysiaGazette