Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Khalid Samad menyifatkan Wan Saiful Wan Jan sebagai seorang penipu dan tidak berkredibiliti.

Kenyataan keras itu dilemparkan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) selepas Ahli majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penggantinya.

Wan Saiful berkata, Dr Mahathir telah menyatakan secara jelas pendiriannya itu dalam pelbagai pertemuan dengan kepimpinan Bersatu.

Dalam pelbagai perbincangan dan mesyuarat tertutup selepas PRU14 yang dihadirinya, Wan Saiful mendakwa Dr Mahathir bersikap tegas dan konsisten bahawa beliau tidak mahu melihat Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri.

Kenyataan itu, katanya, dibuat oleh Dr Mahathir di khalayak.

Ini kerana, bagi bekas Perdana Menteri itu, Anwar adalah individu yang tidak akan memperjuangkan orang Melayu atau mempertahankan hak istimewa yang diberikan kepada kaum Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Dr Mahathir juga percaya rancangan Anwar dapat digagalkan jika tiga parti besar Melayu – Bersatu, UMNO dan Pas – disatukan sehingga kerajaan baru yang dipimpin Melayu dapat dibentuk, sekaligus menghapuskan DAP yang dikuasai oleh Cina dan PKR yang berbilang kaum dalam Pakatan Harapan,” kata Wan Saiful.

Khalid berkata, setelah menikam Pakatan Harapan (PH) dari belakang, baru sekarang Wan Saiful mahu bersuara.

Sedangkan dulu ketika bersama PH dan Dr Mahathir, Wan Saiful didakwa bercakap lain.

”Hmmm.. maaf Wan. Kamu dikenali sebagai seorang penipu. No credibility.

”Dulu kamu cakap lain, buat lain. Dulu kata bersama PH, bersama Tun. Sekarang sebaliknya. Kenapa dulu tak cakap mengenai isu ini?,” soalnya.

3 Komen

  1. tak apa lah dia dah mengaku bila dah keluar anak. kalau terus diam orang pun tak tahu anak dewa atau pun syetan. bila dah nyata lembaganya bersedia lah untok keperluan masa depan pula. orang munafik jangan saling mempercayai dan berkasih sayang. tinggalkan. dan lupakan.

  2. Marah YB Lid kita ni…buat apa lagi nak bahas Lid…terang lagi bersuruh…atok memang x nak nuwa jadi PM…Atok sendiri berulang ulang buat statement nuwa tak layak…jadi pelik jugaklah Lid marah2….jgn pening Lid….PH memang dah screw longgar…Lid saja nk cover line…kikiki…panik nampak Lid…dah boleh rasa ke Amanah dah x boleh jauh ke depan?…adat parti serpihan gitu lah Lid….di Malaysia ni parti serpihan bertahan kejap jer Lid..

Comments are closed.