Hasnul Baharuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor bagi menggantikan Dr. Daroyah Alwi.

Pelantikan Hasnul diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Selangor yang berlangsung hari ini.

Terdahulu Amirudin mencadangkan pencalonan tersebut dan disokong oleh ADUN Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim.

Pada 14 Jun lalu, Dr. Daroyah mengumumkan meletak jawatan sebagai ADUN Sementa dan Timbalan Speaker DUN negeri itu selepas keluar daripada PKR. – MalaysiaGazette