Kamil S. bersama puma yang dipanggil Nubia.

WARSAW – Polis Poland sedang memburu seekor puma dan pemiliknya yang dilaporkan telah menghilangkan diri bersama bagi mengelak haiwan itu ditempatkan di zoo.

Gerakan mencari lelaki dan puma itu membabitkan 200 anggota polis.

Lelaki yang dikenali sebagai Kamil Stanek telah membela haiwan buas itu, yang dipanggil Nubia secara haram di dalam rumah di selatan bandar Ogrodzieniec, kata TVN24.

Stanek membeli Nubia enam tahun lalu di Republik Czech tetapi menyimpan pumas bertentangan dengan undang-undang di Poland.

Melalui perintah mahkamah, polis dan beberapa penjaga haiwan dari zoo Poznan telah ke rumah lelaki itu pada hari Jumaat untuk mengambil puma tersebut.

salah satu aksi Nubia bersama kucing milik Stanek.

Sebaik sahaja polis tiba, lelaki itu telah mengancam pihak berkuasa dengan pisau sebelum melarikan diri ke dalam hutan bersama puma.

Saksi-saksi berkata, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pengarah zoo, puma berkenaan adalah anaknya yang dibesarkan dan tidak akan beralah untuk menyerahkannya.

Pekerja zoo itu mendakwa ketika mereka tiba di rumah Stanek, mereka mendapati puma tersebut ditempatkan di dalam kandang yang sempit dan kotor.

Polis telah memberi amaran bahawa lelaki tersebut yang juga bekas tentera yang pernah berkhidmat di Afghanistan mungkin membawa objek tajam bersamanya, termasuk pisau.

Ini kerana, puma adalah haiwan berbahaya.

”Ia bukan haiwan manja. Ia bukan mainan yang suka dipeluk.  Puma adalah salah satu haiwan yang paling berbahaya di dunia dan boleh menjadi ancaman nyata bagi kehidupan manusia, ” kata Ewa Zgrabczynska, Pengarah Zoo Poznan.,” kata pengarah zoo. – MalaysiaGazette