Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh adalah penyelamat dan bukan pengkhianat seperti mana yang didakwa setengah pihak.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) berkata, semua itu tidak akan berlaku jika Ahli Parlimen Langkawi yang juga Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Ahli Parlimen Langkawi) tidak meletakkan jawatan.

“Kita kena perbetulkan supaya rakyat faham mereka menuduh Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) sebagai pengkhianat. Sebenarnya Ahli Parlimen Pagoh adalah penyelamat kerana ambil alih selepas Ahli Parlimen Langkawi (Tun M) berhenti. Jadi rakyat Malaysia melihat bahawa Ahli Parlimen Pagoh adalah penyelamat kerana Langkawi berhenti.

“Kalau Langkawi tidak berhenti, Pagoh tidak akan kacau,” katanya dalam pencelahan sesi bahas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kesemua ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Ia ditarik balik selepas Mahathir bertindak meletakkan jawatan pada Februari lalu.

“Kami semua tanda tangan Akaun Bersumpah (SD) menyokong Langkawi tapi tiba-tiba Langkawi berhenti. Kami sokong Ahli Parlimen Pagoh,” katanya lagi.

Februari lalu, Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Setengah jam selepas itu, Mahathir turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mahathir kemudiannya memberikan alasan bahawa perletakan jawatannya disebabkan beliau tidak lagi memperoleh sokongan daripada penyokongnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Woi Datuk Que bodoh makan taik DAP banyak sangat..ti sebab macacai kaki bontot ni otak sewel..

  2. Que banyakkk makan Kue DApigs… Akibatnya banggang maca Que… Sondoljelah kerjanya

Comments are closed.