Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed. foto AFFAN FAUZI.

SHAH ALAM – Polis masih mengesan beberapa lelaki lagi dipercayai terbabit dalam kejadian merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dengan persetujuan ayah mangsa di sekitar Selangor.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sebaik lelaki berusia 43 tahun itu ditangkap semalam, polis mendapati suspek turut melacurkan isterinya kepada beberapa pelanggan melibatkan warga asing.

“Hasil siasatan mendapati lelaki ini turut merogol anak kandungnya, selepas itu melacurkannya bersama isteri kepada warga asing.

“Berikutan itu, sepasukan anggota polis menahan lelaki itu dan beberapa warga asing di lokasi berasingan selepas menerima laporan,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Menurut beliau, lima warga asing yang ditahan itu adalah empat warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh yang berusia antara 25 hingga 40 tahun.

Semua suspek direman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan, Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811 atau 03-891 14222.

Suspek, iaitu bapa kepada mangsa pada mulanya lari menyembunyikan diri kerana menyedari perbuatannya dihidu polis, namun berjaya ditahan dan kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan.

Manakala lelaki yang turut bersuhabat merogol dan memuaskan nafsu anak serta isteri suspek ditahan di Cheras dan Kajang semalam.

Kata Arjunaidi, perbuatan memaksa anak dan isterinya melacur bermula pertengahan tahun lalu hingga Februari 2020 dan dipaksa melayan nafsu seks lebih 20 lelaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast