Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyerahkan memorandum menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi hantaran di Facebooknya, berkata, memorandum itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, petang tadi.

“Segala tuduhan salah laku dan penyelewengan kini hanya boleh dirungkaikan melalui penubuhan RCI yang bertindak secara bebas dan berkecuali.

“Malah keyakinan dan kepercayaan rakyat dan umat Islam terutamanya pendeposit boleh dikembalikan apabila bukan sahaja isu lama dapat diselesaikan, malah cadangan penambahbaikan dapat digarap sebaiknya menerusi RCI yang bakal dibentuk kelak,” katanya.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga TH yang lepas, ketika sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Harap penyelewengan dana dan salah guna kuasa oleh orang2 politik dapat juga dirungkaikan.

Comments are closed.