Marcus Rashford

LONDON – Pengurus Paris Saint-Germain Thomas Tuchel dilaporkan menjadikan penyerang sensasi Manchester United, Marcus Rashford sebagai sasaran perpindahan utamanya, menurut Independent.

Tuchel yang telah menjadi pengurus kelab di ibu kota Perancis itu selama dua tahun menyifatkan Rashford adalah ‘model sempurna dari pemain penyerang dinamik moden.’

Pemain berusia 22 tahun itu kini menjadi keutamaan utama untuk Tuchel kerana versatiliti penyerang muda itu di barisan depan akan menjadi gandingan ideal kepada bintang semasa PSG, Kylian Mbappé dan Neymar.

The Independent mendakwa United akan menuntut lebih daripada £100 juta, walaupun pasaran dijangka melambung selepas pasca Covid-19.

Pengurus kelahiran Jerman itu juga mendakwa ramai individu di England tidak menyedari betapa hebatnya pemain seperti Rashford dan meramalkan dia mempunyai perancangan baik untuk Rashford.

Tuncel dikatakan terpikat dengan ketepatan bacaan permainan Rashford dan mengagumi perkembangannya yang mampu menjadikan beliau pemimpin yang lebih baik di dalam maupun di luar padang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast