Mesut Ozil

LONDON – Mesut Ozil hari ini mengisytiharkan kepada Pengurus the Gunners Mikel Arteta yang dirinya kembali cergas dan bersedia berdepan Liverpool awal pagi nanti.

Bintang Jerman itu yang merupakan penerima gaji terbesar kelab Emirates iaitu 350,000 pound seminggu belum beraksi dalam EPL sejak diteruskan semula 17 Jun lalu akibat kecederaan bahu.

Bagaimanapun Arteta dalam sidang media pra perlawanan hari ini mengesahkan Ozil sekali lagi akan terlepas aksi menentang the Kops di Emirates.

“Keadaan dia masih tidak berubah, dia masih menjalani proses pemulihan dan tidak akan diturunkan dalam aksi lawan Liverpool malam nanti,” katanya.

Namun sebagai mencabar kenyataan itu, Ozil, 31, mengambil tindakan menciap dalam Twitter bahawa dia bersedia untuk beraksi berdepan juara EPL dengan melampirkan gambarnya dalam latihan.

Dalam aksi menentang Brighton dan Southampton, dia hanya menghiasi bangku simpanan.

Hubungan kelab berkenaan dengan Ozil makin rapuh dengan pengurusan Arsenal dikatakan mahu mengurangkan gajinya.

Ozil kini berada di tahun akhir kontrak di Emirates.-MalaysiaGazette