Liverpool dikecewakan Arsenal 1-2 dalam aksi di Anfield malam tadi.

LONDON – Arsenal meranapkan impian Liverpool untuk memadamkan rekod Manchester City untuk mengumpul lebih 100 mata pada musim ini.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, juara baharu EPL itu yang bertandang ke Stadium Emirates kalah 1-2 kepada the Gunners.

Anak buah Jurgen Klopp mengejar misi mencipta rekod mengumpul lebih 100 mata yang mana pasukan itu perlu menang baki tiga perlawanan.

Liverpool akan menerima piala liga pada aksi menentang Chelsea di Anfield minggu depan perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan untuk mencipta rekod mata terbanyak liga.

Klopp berkata, kekalahan itu adalah pengajaran untuk pasukannya yang ghairah mengejar rekod.

Pada perlawanan itu, Liverpool membuka jaringan menerusi Sadio Mane pada minit ke-20 namun kesilapan Virgil van Dijk 12 minit kemudian melakukan hantaran bola ke belakang membolehkan Alexandre Lacazette merampas bola dan menjaringkan gol penyamaan.

Bdelum sempat mengatur strategi untuk bangkit, Liverpool dihukum lagi ketika masa permainan berbaki seminit pada  separuh masa pertama menerusi jaringan Reiss Nelson berikutan kesilapan penjaga gol, Alisson Becker yang gagal menepis bola dengan kemas.

“Kami dihukum atas kesilapan di atas padang akibat terlampau ghairah untuk mengumpul mata melebihi 100 mata sehingga hilang fokus,” katanya.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi:

Arsenal 2  lawan Liverpool 1

Burnley 1 lawan Wolves 1

Manchester City 2 lawan Bournemouth 1

Newcastle 1 lawan Tottenham 3 – MalaysiaGazette