Najib Razak misleading 1MDB remarks Parliament Dewan Rakyat
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bersikap jujur dan tidak asyik mempersalahkannya atas peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Menurut Najib, Mahathir tidak perlu kelentong lagi kenapa beliau melepaskan jawatannya kerana surat letak jawatan dihantar pada pukul 1 petang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) umum keluar Pakatan Harapan (PH) jam 2 petang.

Ketika itu, Mahathir tidak pernah pun memaklumkan akan melepaskan jawatan kepada kawan-kawan dalam PH atau Warisan beliau akan letak jawatan dan sebab kenapa mahu letak jawatan.

Kata Najib lagi, selepas Ahli Parlimen Langkawi itu meletak jawatan, beliau tidak pernah marah pada Bersatu atau Muhyiddin, mahu pun sesiapa sehingga malam 29 Februari lalu.

”Malah keesokan hari selepas dia letak jawatan, dia tak hirau permintaan PH untuk meeting bagaimana nak pulihkan kerajaan PH.

”Hanya selepas YDP Agong umum dia bukan PM 8, baru dia mula marah dan tuduh-menuduh,” kata Najib.

Menurut Najib, Mahathir melepaskan jawatannya kerana tiga sebab iaitu tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, tidak mahu dikawal DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) lagi dan bimbang Bersatu dan PH akan kalah teruk pada PRU15.

”Mereka amat bimbang selepas kalah lima kali PRK berturut-turut kepada BN/MN termasuk kekalahan paling teruk di kawasan Parlimen sendiri di mana calon orang Melayu parti PPBM kalah teruk kepada calon orang Cina BN/MN di kawasan majoriti Melayu dalam negeri yang Menteri Besar ialah dari PPBM dan Perdana Menteri ialah dari PPBM.

”Sebab itu, PM 7 sangat inginkan menjadi PM untuk sebuah kerajaan perpaduan (unity government) di mana dia boleh pilih sendiri mana-mana ahli Parlimen dia suka tanpa perlu mengikut kehendak parti,” tambahnya.

Jelas Najib, dengan kerajaan perpaduan baru ini, Mahathir tidak perlu serah jawatan kepada Anwar dan beliau tak perlu dikawal parti DAP dan PKR lagi.

Malah, beliau juga tidak perlu bimbang kalah kepada BN/MN sebab BN/MN juga sebahagian kerajaannya.

”Ketiga-tiga masalah dia diselesaikan sekaligus jika dia berjaya bentuk kerajaan perpaduan idamannya. Namun dia gagal kerana BN, PAS dan GPS tolak untuk bersama dengan orang DAP.

”Mengaku sahajalah rancangan sebenar kamu. Jujur sikit, boleh? Buat apa asyik salahkan saya?” soal Najib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

12 Komen

  1. siapa pun pernah buat silap. Tidak perlulah menuding jari. Kena perbaiki kesilapan masing2. muhasabah diri.

  2. Tak malu sebab kalah
    Tak malu sebab skandal
    Tak malu pecah amanah
    Tak malu tipu rakyat
    Tak malu lipat duit negara
    Tak malu rampas bini orang
    Tak malu tinggal bini pertama
    Tak malu poya poya

    Dan tak malu masuk neraka jahanam

  3. Woi macacai Sham…Medey lg tak malu lipat duit rakyat kayakan kroni dan anak2 sendiri…lg tak malu asyik duk buat fitnah sampai ke kubur…ada juga org Melayu sokong Medey ular ni yer

  4. Atok ni dah lah nyanyok,meroyan pulak..kalau gara2 najib dia letak jwtn, kenapa nak jwtn tu semula? Tak logic lah tok,tak masuk akal langsung. Mentang2 ramai org anti najib psl tuduhan rasuah, Madey ni gunakan taktik ini utk racun org2 melayu supaya benci najib mcm waktu dia menang dlm pru14. Adoh hai..taktik lapok tu Madey, dah jgn gunakan lagi dah tak laku. Org dah muak tengok gelagat engkau tu. Fikirkanlah mati !!!

  5. yg peliknya Boskuu,
    masih ramai lagi si BODOH BAHLOL yg percaya kt si tua gila kuasa tu,
    tgk cite 3 abdul byk kali pun xpaham2,
    apa punya BAHLOL la dieorg nie semua

  6. Hoi Mat Rossi. Kau yang Bahlol. Kau tak tengokkah berjuts-juta nilai wang, batang kemas, beg tangan dan bermacam lagi dirampas PDRM dan SPRM. Jika bukan bossku dan Kak Mah yang punya mungkin hantu raya bossku dan K.Mah yang punya. .Kes bossku dan K.Mah di mshkamah bukannya dibuat oleh Tun M tetapi ranggungjawab PDRM dan SPRM.

Comments are closed.