Scott Morrison. foto Agensi

MELBOURNE – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison bercadang menangguhkan persidangan Parlimen yang dijadualkan pada awal Ogos berikutan peningkatan jangkitan koronavirus (Covid-19) di dua negeri paling padat Australia yang menyebabkan ia terlalu berisiko untuk berlangsung.

Morrison berkata, beliau telah berunding dengan anggota pembangkang Parlimen dan meminta Speaker untuk menunda sesi selama dua minggu.

Memandangkan permintaan yang dilakukannya itu adalah formal, Ahli-ahli Parlimen dijangka bertemu di ibu negara, Canberra pada 24 Ogos dan bukannya 4 Ogos ini, lapor Reuters.

“Kerajaan tidak dapat tidak mengelak risiko ke atas Ahli Parlimen, kakitangan mereka, kakitangan antara Parlimen dan komuniti secara meluas,” kata Morrison sambil menambah bahawa beliau bertindak demikian berdasarkan nasihat pihak berkuasa tempatan.

Pada Jumaat lalu, negeri Victoria melaporkan kes jangkitan baharu sebanyak 428 kes manakalan negeri jirannya, New South Wales berkata, ia melarang tarian, nyanyian dan pergaulan pada majlis perkahwinan ketika pihak berkuasa bergelut untuk membendung gelombang baharu jangkitan itu.

Pada Mac lalu, semua sesi persidangan Parlimen dibatalkan sehingga Ogos, namun ketika risiko koronavirus berkurangan pada bulan berikutanya, sesi khas dan beberapa sssi Parlimen berlangsung.

Ketua Pembangkang, Anthony Albanese berkata, Parti Buruh menerima langkah kerajaan untuk membatalkan sesi akan datang tetapi berkata perlu ada lebih banyak peluang untuk perbincangan. – Agensibe critical.”