KUALA LUMPUR – Perak jadi negeri pertama yang memperkenalkan panggung wayang pandu masuk atau drive in cinema.

Pawagam itu yang dikenali Casuarina Sini-Drive terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan pada suatu masa.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata, konsep panggung wayang itu dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik wabak Covid-19.

“Waktu kita kanak-kanak dulu, saya biasa membesar dengan wayang-wayang pacak oleh Jabatan Penerangan, hari ni suasana sebegitu dapat kita kembalikan dan usaha yang dibuat oleh Perak Corp Berhad ini.

“Alhamdulillah, saya mengajak seluruh rakyat di negeri Perak ataupun daripada luar untuk sama-sama kita datang ke Bandaraya Ipoh ini sambil menikmati keindahan kita boleh juga luangkan masa untuk sama-sama menonton mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, menonton wayang di dalam kereta dan ini tentunya satu pengalaman baru yang akan tentu sekali menyeronokkan,” katanya selepas melancarkan Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya, Ipoh pada Jumaat.

Pihak penganjur tambahnya akan membuat pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam, kecuali Isnin dan menawarkan pakej antara RM36 hingga RM42. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast