Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terdapat satu kes Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini berbanding empat yang direkodkan semalam.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) memaklumkan, kes baharu itu merupakan kes import melibatkan pengembara yang pulang dari Indonesia.

Perkembangan tersebut menjadikan jumlah terkumpul kes di Selangor adalah sebanyak 2,099 daripada keseluruhan 8,764 kes di seluruh negara.

Bilangan kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital pula meningkat kepada 1,888 manakala, angka korban akibat pandemik itu kekal 24 orang.

Sepang menjadi satu-satunya daerah di Selangor yang masih berstatus zon kuning susulan terdapat 12 kes aktif. – MalaysiaGazette