Prevalens A701V dalam kalangan kes gelombang ketiga ialah 86 peratus manakala D614G ialah 100 peratus.- Gambar hiasan

SINGAPURA – Singapura mencatatkan 202 kes baharu Covid-19 setakat tengahari tadi dengan tujuh jangkitan dalam negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik tersebut adalah 47,655.

Bagi penularan tempatan, lima kes melibatkan warganegara Singapura atau pemastautin tetap dan dua pemegang pas pekerja.

Terdapat lapan kes import yang mana kesemuanya diarahkan menjalani kuarantin di rumah sebaik tiba di Singapura.

Baki kes baharu melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di dorm pekerja asing.

Menurut Kementerian Kesihatan, butiran terperinci kes-kes baharu malam ini.

Semalam, seorang wanita berusia 72 tahun meninggalkan disebabkan Covid-19.

Wanita warganegara Singapura yang dikenali sebagai kes 47229 mempunyai sejarah kencing manis dan dibawa ke hospital pada Rabu tetapi bukan disebabkan penyakit berkaitan Covid-19.

Dia disahkan dijangkiti positif virus berkenaan selepas kematiannya. – Agensi