TERKINI : Penggunaan Teknologi Digital oleh ‘PKS’ Melebihi Jangkaan – Muhyiddin Yassin

Meskipun wabak Covid-19 memberi cabaran yang bukan kecil kepada negara dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru sahaja dilantik untuk menerajui kerajaan, namun beliau masih cuba mencari sisi positif di sebalik ujian ini.

Ketika berucap melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020, Perdana Menteri berkata, antara hikmah di sebalik pandemik Covid-19 adalah kebanyakan komuniti mula beralih kepada penggunaan teknologi digital yang lebih meluas.