KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 4 petang ini.

Ia akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen.

Poster terbaharu mengenai perutusan khas itu dimaklumkan selepas sejam menafikan poster sebelumnya yang tular di media sosial.

Serentak itu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memetik Pejabat Perdana Menteri telah membuat penafian mengenai pengumuman oleh Muhyiddin.

”Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan pemakluman bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada hari Isnin, 20 Julai 2020 pukul 3 petang melalui TV3, NTV7, 9TV dan TV9 seperti yang sedang tular di media sosial,” menurut kenyataan KKM.

Beza poster pertama dan kedua hanyalah waktu pengumuman, pada asalnya jam 3 petang.

Poster pengumuman terbaharu dikongsikan di dalam Facebook Muhyiddin. – MalaysiaGazette