David De Gea

KUALA LUMPUR – Manchester United harus membayar mahal selepas keputusan menurunkan David de Gea dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Chelsea awal pagi tadi apabila gagal mara ke final FA setelah tewas 1-3 kepada Chelsea.

Ini kerana pemilihan skuad United untuk separuh akhir sedikit mengejutkan terutama pada posisi penjaga gol.

Pengurus Ole Gunnar Solskjaer mengejutkan ramai pihak kerana tidak menurunkan Sergio Romero yang boleh dikatakan sebagai pakar untuk Piala FA.

Tindakan Solskjaer memilih untuk menurunkan penjaga gol utama pasukan David de Gea harus ditelan dengan pahit apabila pemain itu dibolosi tiga gol pada perlawanan ini.

Perlawanan menentang Chelsea adalah perlawanan Piala FA pertama untuk De Gea musim ini.

Pada perlawanan sebelumnya sehingga peringkat suki akhir Romero sentiasa berada dalam barisan utama skuad.

Rekod kedua-dua pemain ini di Piala FA musim ini juga kelihatan sangat berbeza.

ESPN melaporkan, Romero yang juga pemain antarabangsa Argentina hanya bolos satu gol dalam lima perlawanan Piala FA di penampilannya pada kejohanan pada musim ini.

Sementara De Gea pula melepaskan tiga gol dalam perlawanan pertamanya musim ini di Piala FA ketika dia diturunkan.

Selain itu De Gea juga kini harus menelan kepahitan apabila namanya menjadi siulan diserata dunia ekoran “blunder” yang ia lakukan dan ramai pihak menganggap United harus memanggil kembali Dean Henderson untuk mengisi posisi gawang utama United pada musim depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast