Para petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 JULAI 2020
KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak pantas memadam keseluruhan lukisan mural para pemimpin negara yang diconteng dengan kata-kata kesat selepas perbuatan vandalisme itu tular di media sosial.
Dinding tersebut sebelum ini dihiasi dengan mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Warga maya yang mengutuk perbuatan biadab individu yang bertindak menconteng mural tersebut dengan kata-kata kesat dan menyifatkannya sebagai penghinaan kepada Agong serta barisan pemimpin negara.
Sementara itu UMNO Bahagian Shah Alam dijangka membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pukul 3 petang ini.

Pada 10 Julai lalu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat mural gergasi di Taman Cahaya Alam itu.

Para petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 JULAI 2020

Mural gergasi yang diabadikan di dinding sebuah bangunan kedai di sini turut menarik minat Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang sama berangkat tiba. Turut mengiring baginda dalam lawatan tersebut Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Muhammad lskandar Ri’ayatuddin Shah.

Baginda meluangkan hampir 30 minit beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda yang pada mulanya telah menghasilkan potret YDPA, sebelum lima lagi pemimpin utama negara.

Antara tiga pelukis mural terbabit ialah Muhammad Suhaimi Ali, Muhamad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli.

Artikel berkaitan: Potret mural pemimpin diconteng dengan kata-kata kesat

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kenapa padam semua? Boleh touch-up je gambar2 mural tu!

    MBSA daripada membuang masa dan membazir duit rakyat untuk perkara2 tidak berfaeadah ini LEBIH BAIK FOKUS KEPADA KERJA2 MENGHAPUSKAN ANJING2 LIAR YANG BANYAK BERKELIARAN DITAMAN2 PERUMAHAN!

    Itu lebih baik dan dapat mengawal penyikt rabies!

  2. Gambar2 mural oleh artis yang berbakat ini boleh di TOUCH-UP semula!

    Penglibatan pihak MBSA dalam memadamkan kesemua gambar2 tersebut perlu juga disaisat! Ianya seolah2 suatu konspirasi politik yang berkoordinasi!

Comments are closed.