KUALA LUMPUR – Lapan daerah di Selangor diramalkan mengalami cuaca hujan dan ribut petir sehingga Ahad ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, lapan kawasan itu melibatkan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Bagi kawasan Petaling, diramalkan hujan dan ribut petir sehingga Jumaat ini dan cuaca panas bermula Sabtu serta Ahad.
Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my. – MalaysiaGazette