Mustafa Shah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak tunduk kepada desakan persatuan Cina, Hua Zong berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Exconya, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, kerajaan tidak perlu diheret dalam polemik yang hanya menguntungkan pihak tertentu saja, sedangkan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) sudah pun jelas.

“Saya tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri berhubung “pengiktirafan sebahagian” UEC yang sememangnya menjadi polemik sejak sekian lama.

“Pertama, kita minta supaya Muhyiddin tidak tunduk kepada desakan kumpulan pendesak NGO Cina yang mahukan kerajaan mengiktiraf UEC,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau menyatakan, UEC adalah sistem pendidikan yang bercanggah dengan DPK.

Katanya, pengiktirafan terhadap sijil itu umpama mencabuli Perlembagaan negara yang meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara serta DPK.

Kata Mustafa Shah, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha memperkasakan DPK dan memartabatkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Bahkan, hari ini ramai di kalangan Ahli Parlimen kita gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan sehingga ada yang tidak pandai menyebut perkataan “rangsangan”.

“Jadi, isu bahasa kebangaaan ini adalah jauh lebih penting jika dibandingkan dengan UEC, dan kerajaan diminta supaya tidak melayan kerenah kumpulan pendesak berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Tak usah la lagi ada perbincangan berkenaan UEC yang TIDAK BERFAEDAH dan TIDAK BERPERLEMBAGAAN ini!

    Ianya hanyalah legasi kaum pendatang terdahulu!

  2. Ramai yang hairan istimewa sangakatkah Hua Zong ini sehingga sering dapat berjumpa dengan PM? Bagaimana mereka boleh dapat berjumpa dengan mana2 PM dengan bergitu mudah terus menjadi persoalan?

    Mereka datang dalam kumpulan yang ramai dan bergitu pakar dalam mendesak!

  3. Disarankan agar kerajaan mencari jalan dan kaedah terbaik bagaimana untuk memansuhkan sekolah2 perkauman yang ada sekarang!

    Sekolah2 atau mana2 institusi pendidikan perkauman sebergini sudah ketinggalan zaman!

  4. Kalau tunduk juga dengan desakan puak ultra kiasu kali baik bubar saja parti melayu yang ada. Tak guna nak sembang berdegar-degar nak pejuang nak pertahan bangsa melayu bagai. Jaga sama hati orang melayu yang merupakan tuan tanah, jangan terlalu pentingkan kedudukan. Orang melayu tak pernah minta itu ini yang melampau, yang selalu minta yamg bukan-bukan cina dengan india. Bukan rasis tapi memang kenyataan.

Comments are closed.