Mohd Khairul Azam bersama Musa bersedia menghadapi kes saman dari Hannah Yeoh.

KUALA LUMPUR – Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengesahkan akan mewakili bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam kes saman Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Katanya, beliau telah dilantik oleh Musa untuk membelanya dalam tindakan saman itu yang dihantar peguam Hannah, Tetuan Sreenevasan pada 3 Julai lalu.

Musa yang kini terlibat secara langsung dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pernah dipanggil polis untuk siasatan berhubung ucapannya di sebuah forum di UiTM pada 30 Januari lalu bertajuk, “Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?”

Dalam ucapannya, beliau didakwa antara lain telah mencadangkan DAP telah menerbitkan sebuah buku mengenai peranan orang Melayu di sebalik peristiwa rusuhan 13 Mei.

Hannah yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu memfailkan writ saman ke atas Musa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast