KUALA LUMPUR – Puteri UMNO Malaysia mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan sebagai langkah mencegah dari penularan wabak Covid-19 terus meningkat sebagaimana dicatatkan semalam.
Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, langkah itu ialah mewajibkan rakyat memakai pelitup muka dan hidung tiga lapisan, bukan topeng kain dan melaksanakan semula kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin.
Dua langkah lagi ialah mereka yang ingkar kuarantin dikenakan penjara mandatori, bukan denda RM1,000 dan meningkatkan pemantauan prosedur standard operasi (SOP) di tempat awam seperti premis makanan, pusat beli belah, pusat hiburan, majlis sosial fan tempat umum yang sesak serta padat.
Kata beliau, berjaya atau tidak usaha kerajaan menghentikan rantaian penularan Covid-19 ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama rakyat.
“Sama-samalah kita bantu permudahkan tugas para barisan hadapan. Jangan sampai negara terpaksa melaksana semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Zahida Zarik, dalam tempoh PKP Pemulihan yang dijadualkan berakhir 31 Ogos ini, kes positif Covid-19 menunjukkan trend angka satu dan beberapa hari dilaporkan kosong kes.
Namun, ujar beliau, trend itu meningkat kepada dua angka baru-baru ini mula jelas membimbangkan kerajaan dan rakyat apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan hanya empat empat kes pada 14 Julai dan naik mendadak kepada 21 kes pada 20 Julai lalu.
“Kita sepatutnya merasa bangga dengan pencapaian semasa selepas lebih empat bulan para barisan hadapan seperti petugas KKM, pasukan keselamatan dan lain-lain bertungkus lumus berperang dengan musuh halimunan ini.
“Dalam tempoh PKPP ini juga banyak sektor sudah mula beroperasi semula seperti pelancongan, pusat-pusat sukan, riadah, perhotelan dan lain-lain.
“Ramai mengambil kesempatan itu untuk merentas negeri pulang ke kampung dan melancong dalam negara ini adalah petanda positif bagi merancakkan ekonomi domestik negara,” katanya.
Jelas beliau, 13 Kluster baru terutama mereka yang pulang ke Malaysia dari luar negara dikhuatiri akan menjadi punca kepada ‘new wave’ yang mengakibatkan kerajaan terpaksa melaksana semula PKP.
“Seperti perutusan Perdana Menteri semalam, kita dapat simpulkan betapa pentingnya kerjasama kita semua untuk memastikan keadaan terus terkawal hingga rantaian wabak ini benar-benar dapat diputuskan, kesihatan rakyat terjamin, ekonomi negara dapat terus memulih.
“Justeru, kita mengharapkan kerajaan mengambil kira cadangan ini untuk dimasukkan dalam agenda mencegah penularan Covid-19 dari terus meningkat.
“Oleh itu, rakyat dinasihatkan agar terus mengamalkan cara hidup norma baharu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Sentiasalah memakai pelitup muka apabila berada di luar, cuci tangan menggunakan sabun, hand sanitizer dan terus menjaga penjarakan sosial,” katanya. – MalaysiaGazette
This lady is pretty, intelligent and hard working. She is capable of communicating good and valuable ideas. Definitely she is an asset to UMNO. When I compare her with Nurul Izzah, this lady from UMNO has a dynamic personality. Though Nurul is pretty, highly intellectual in her presentation of ideas but she has no principle in her political struggle. She is only out there for her parents. Maka perjuangannya kecil. Nurul should stand up for the truth and justice. When the people were suffering under PH, Nurul behaved as if she has lost her voice (tak mewakili suara rakyat dan penderitaan rakyat tidak diambil kisah). I hope one day in the near future Datuk Zahida Zarik Khan will become the Minister of Women’s Affairs in Malaysia. UMNO and PN should pay an attention to this brilliant mind from PUTERI UMNO. May God elevate Datuk Zahida Zarik Khan to greater heights of success, ameen!
Universal Man 22 July 2020 at 15:50