TERKINI : KKM Akan Ambil Tindakan Individu Langgar Peraturan Kuarantin – Dr. Noor Hisham

Pematuhan kepada arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) khususnya ketika menjalani kuarantin wajib selama 14 hari adalah perkara penting yang tidak sepatutnya dilanggar, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, jangkitan dan penularan Covid-19 masih boleh berlaku jika mereka yang diperintahkan menjalani kuarantin wajib sama ada di rumah atau pusat namun mengabaikan kepatuhan SOP.

“Isunya ketidakpatuhan SOP, mereka yang dikuarantin di rumah tidak sepatutnya bergaul dengan ahli keluarga jika individu positif, meraka akan jangkiti ahli keluarga.

“Sekiranya kita tempatkan mereka di stesen kuarantin sekali pun tetapi mereka masih tidak patuh SOP, mereka juga mungkin dijangkiti sekiranya ada yang positif dalam kalangan mereka. Penting patuh pada SOP,” katanya dalam sidang media perkembangan berkenaan wabak berkenaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast