KUALA LUMPUR – Tiga jenis sekolah persendirian Cina tidak layak menerima bantuan kewangan kerana tiada peruntukan undang-undang membolehkan kerajaan memperuntukan wang rakyat untuk menyelenggara sekolah berkenaan.
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menegaskan, sekolah itu biasanya mempunyai bangunan sendiri yang tersergam indah dengan kemudahan selesa serta mewah hasil sumbangan ahli korporat mereka yang banyak menerima projek kerja dari kerajaan.
Kata beliau, tidak wajar sekolah mewah itu diberi bantuan lagi, berbanding sekolah agama Islam yang dijamin kewujudan dan pembiayaan kewangannya oleh kerajaan di bawah Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
“Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukkan RM12 juta dan RM15 juta dalam Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020, untuk semua sekolah Cina di negara ini.
“Tindakan kerajaan PH ini dianggap salahguna kuasa kerana telah membelanjakan wang rakyat secara tidak sah kepada institusi yang tidak berhak di sisi Perlembagaan untuk menerima apa-apa bantuan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk tuntutan Hua Zong kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dimasukkan peruntukan kepada sekolah vernakular itu dalam Bajet 2021.
Secara tepatnya, tuntutan itu berkaitan permohonan peruntukan Bajet 2021 untuk Sekolah-Sekolah jenis Kebangsaan Cina, Sekolah-Sekolah Persendirian Cina dan Sekolah-Sekolah Menengah Cina.
Pada masa sama, Mohd Khairul Azam mendesak Perdana Menteri menolak permintaan pembiayaan Muzium Cina Malaysia kerana alasan untuk menggalakkan industri pelancongan itu hanya taktik membawa masuk lebih ramai pelancong China ke negara ini.
Usaha itu, tegas beliau, seperti satu kecenderungan untuk membolehkan mereka tinggal lebih masa di sini dan kebudayaan mereka pula tidak menggalakkan perpaduan nasional di negara ini. – MalaysiaGazette
Perkara2 seperti budget negara wajib berdasarkan hanya kepada perkara2 yang terkandung didalam perlembagaan negara sahaja!
Diharap PM peka terhadap perkara ini!
PH banyak buat kerja tak betul salah melanggar undang dalam Perlembagaan Negara. Kerajaan sekarang PN stop jangan beri. Bagaimana kedudukan duit rakyat yang telah diberi itu. Pulangkan balik ambil balik ini sekolah persendirian dia orang yang tiada dalam babnya. Inilah kerja yang bukanbukan dibuat oleh mereka kalau lama lagi umur PH ni habis semuanya lingkup punah ranah hancur berkecai kita jadi apa? Nauuzubillah.
Masalahnya nak ke PM khasnya dan menteri-menteri melayu amnya nak dengar keluhan dan teguran orang melayu. Pemimpin melayu terlalu jaga hati bangsa lain sampai keluhan bangsa melayu tak dipandang langsung. Bukan nak rasis tapi itulah hakikatnya dari dulu sampai sekarang. Jadi tak perlulah pemimpin-pemimpin melayu nak berjanji perjuangkan hak bangsa bagai kalau benda yang mudah pun tak boleh nak selesaikan. Orang melayu dah jadi ibarat melukut ditepi gantang, cari waktu nak undi tapi bila dah menang ada kuasa, didodoi dibelai bangsa lain.