LONDON – Pemain serba boleh Tottenham Hotspur, Eric Dier bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu yang membolehkan dia kekal di kelab utara London itu sehingga 2024.

Pemain yang berusia 26 tahun itu menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dari kelab Portugal, Sporting Lisbon pada 2014.

Dia lebih kerap diturunkan sebagai pemain tengah bertahan dan menjadi pemain penting di bawah kendalian Jose Mourinho.

Kontrak Dier sebelum ini hanya berbaki setahun sahaja lagi dan telah membuat 239 penampilan untuk kelab dan menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan.

“Terlalu banyak halangan dan cabaran musim ini, sejak dari awal musim lagi.

“Sangat sukar untuk bermain dalam pasukan sekiranya setiap orang ada cara fikir yag berbeza dan itulah yang berlaku,” ujar Dier kepada laman web rasmi pasukan.

Spurs kini sedang menduduki tangga ketujuh liga dengan mengumpul 58 mata dari 37 perlawanan dan akan mengakhiri kempen musim ini dengan berkunjung ke Crystal Palace pada Ahad ini.

Kelab itu memerlukan kemenangan untuk layak ke Liga Eropah musim depan.

Dier yang digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana kesalahan konfrontasi dengan penyokong sendiri di tempat duduk stadium pada Mac lalu akan kembali beraksi dalam perlawanan terakhir EPL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast