Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak akan menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan berikutan perintah Mahkamah Tinggi hari ini supaya membayar cukai pendapatan tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebenarnya beliau bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk meneruskan tuntutan mereka terhadapnya.

Menurutnya, penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi

“Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila kita menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatanhari nanti,” katanya dalam hantaran pada laman Facebooknya sambil menambah  LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.

Jelas Najib, di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, mahkamah tidak dapat melayan bahawa nilai itu keterlaluan, mahupun telah dinilai dengan salah, dirayu atau dinilai dalah dengan kadar yang lebih tinggi.

“Ini bermaksud, jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan dfendan bayar RM3.76 Trilion.

“Di bawah undang-undang yang saya sebut tadi, mahkamah tak ada kuasa untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.

“Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapat kembali bayaran yang tak patut.

Oleh itu, katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas beliau untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantarnya empat bulan selepas ia diterima.

Selain itu, katanya, wang berjumlah RM632 juta merupakan dana sumbangan asing dari Arab Saudi yang tidak sepatutnya dikenakan cukai.

“Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara telah disalahguna oleh (Lim) Guan Eng dan gengnya untuk mengenakan kita supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu mereka yang kurang faham akta dan proses tuntutan cukai?,” katanya.

Menurutu Najib, penjelasan hakim tentang keputusannya hari ini dalam kes tuntutan cukai RM1.7 bilion yang dikenakan oleh kerajaan PH dahulu ke atas beliau jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa semasa mereka berkuasa untuk menganiaya beliau. – MalaysiaGazette

 

7 Komen

  1. Btul tu..insyllah DSN akan slmt..yg pasti Allah ada..lgi pun krjaan skrg , bkn krjaan yg penuh dgn dendam..tu sbb 22 bln je tadbir ngra, sbb krjaan jahat.

  2. Kitaxtak dengar pun LHDN buat tuntutan kepada madey dan anak anKnya yang nilai berbillion tu. Mereja tak perlu bayar cukai ke. Sila berikan penjelasan beserta bukti.

  3. PH dah tumbang dg perbuatan sendiri. Menteri2 hilang kuasa sekelip mata. PH bergaduh hari2. Pemimpin mereka disiasat SPRM berjam-jam. Sampai ambil MC. Itu musibah Allah nak tunjukkan kpd org tertentu. Yang suka zalimi orang.

  4. Oh…..maksudnya tetap kepada kes lari dari membayar cukailah.,bab angka yg perlu di bayar bukan fakta kes.,Kesnya tidak bayar cukai “itu sahaja”. Bahasa mudahnya lari dari membayar cukai kepada LHDN.

  5. Sudah terang lagi bersuluh.Maknanya DSNR dianiaya oleh PH seolah oleh beliau lari dari bayar cukai. Nak bayor kejadah apa? 2.6 bil tu adalah sumbangan dari kerajaan arab saudi. Ini sudah dijelaskan dlm kes mahkamah DSNR. Sejumlah besar dipulangkan semula kpd penyumbang, baki 633 juta yg tinggal tak perlu pun kena cukai sebab merupakan wang sumbangan. Mengapa LHDN teruskan kes? Sebab LHDN bawah MOF, yg ketika itu Guan Eng menterinya. Ini merupakan konspirasi basi pakatan jahat guan eng dan DAP. Rakyat malaysia wajib tolak PH pada PRU15!HIDUP BN, HIDUP NAJIB, HIDUP MELAYU!

Comments are closed.