pemain Liverpool diingatkn supaya tidak meninggalkan stadium Anfield slepas julang piala manakala penyokong dilarang berhimpun di hadapan sradium atau kawasan sekitar meraikan kemenangan piala sebagai langah SOP Covid-19

LONDON – Para pemain Liverpool dilarang meninggalkan stadium Anfield selepas menjulang piala Liga Perdana Inggeris selepas aksi terakhir bertemu Chelsea, esok.

Polis Liverpool turut menolak khabar angin bahawa pemain kelab itu dibenarkan berpesta dan membuat kemunculan bersama piala itu di luar stadium Anfield.

Justeru, penyokong Liverpool diberi amaran supaya tidak mengulangi perhimpunan yang dilakukan pada 27 Jun lalu selepas kelab mereka diisytiharkan sebagai juara EPL dalam tempoh 30 tahun.

Polis berkata, pasukan penguatkuasa akan meronda dan memantau di sekeliling stadium pada perlawanan terakhir itu bagi mengelak orang ramai berkumpul. – Agensi