Dakwaan seorang pakar keselamatan jalan raya bahawa individu yang tidak mempunyai lesen memandu tidak layak menuntut sebarang faedah jika terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak benar.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memuat naik nama-nama majikan yang tmenerima bantuan Program Subsidi Upah (PSU).

Tindakan ini diambil selepas kerajaan menerima aduan orang ramai yang mendakwa terdapat segelintir majikan yang mengambil subsidi tetapi masih memberhentikan atau memotong gaji pekerja mereka, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, orang ramai juga boleh melaporkan sebarang aduan kepada Perkeso melalui emel [email protected] atau talian 1300 228 000 untuk tindakan lanjut.

Dalam kenyataan Laporan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semua Ekonomi, Tengku Zafrul berkata, sehingga 20 Julai, sebanyak RM7.82 bilion subsidi upah telah diluluskan.

Ia merupakan peningkatan daripada RM7.79 bilion minggu lalu) yang memanfaatkan lebih 2.55 juta pekerja (kenaikan daripada 2.53 juta minggu lalu).

Manakala, jumlah bayaran adalah sebanyak RM7.39 bilion (berbanding RM6.82 bilion minggu lalu) yang memanfaatkan 2.54 juta pekerja (berbanding 2.49 juta minggu lalu).

Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS Mikro pula, jumlah keseluruhan permohonan yang diluluskan bernilai lebih kurang RM1.64 billion dan telah memanfaatkan 545,000 PKS Mikro.

Dari jumlah ini. sebanyak RM1.47 billion telah dibayar, mencerminkan kadar pencapaian sebanyak 90%.

Bagi penerima yang berstatus gagal kredit dan telah mengemaskini nombor akaun bank, bayaran secara berperingkat telah dibuat mulai 2 Julai 2020.

Manakala untuk Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan dipersetujui untuk diterima oleh PKS adalah RM9.23 bilion, naik berbanding RM9.1 bilion minggu lalu.

Bantuan ini akan memanfaatkan 20,815 PKS, bertambah daripada 20,545 minggu lalu.

Jumlah ini termasuk dana Bantuan Kemudahan Khas, Kemudahan Automasi dan Digitalisasi dan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi dan Kemudahan Agromakanan. – MalaysiaGazette