JAKARTA – Indonesia mencatatkan 117 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,576 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, kes positif COVID-19 di Indonesia juga berterusan meningkat kepada 93,657 kes iaitu tambahan 1,906 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id , sebanyak 47,756 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,525 orang, diikuti Jakarta (751), Jawa Tengah (504), Sulawesi Selatan (287) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast