Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) melihat pameran buah durian pada Program “Jom Makan Buah” di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri Program Jom Makan Buah yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi bersama-sama menteri Kabinetnya.

Antaranya Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohamad Khairuddin Aman Razali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Muhyiddin dalam pada itu turut meluangkan masa menjamah buah-buahan tempatan sambil melihat produk durian negara yang diimport ke luar negara terutamanya China.

Buah-buahan tempatan antaranya durian, rambutan, duku langsat, dan pulasan disajikan kepada semua ahli-ahli Parlimen yang hadir pada sesi Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette