Abdul Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR- Kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur termasuk program bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar di Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, jumlah itu meliputi 19 peratus dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

“KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) juga telah mewujudkan jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan kementerian ini bagi memastikan pelaksanaan projek yang lebih efisien.

“Bagi meningkatkan tahap koordinasi antara kementerian dan kerajaan negeri Sabah, telah diwujudkan jawatankuasa induk dipengerusikan Menteri KPLB dan Ketua Menteri Sabah,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin  (BN-Kinabatangan).

Bung Moktar bertanyakan usaha dibuat kerajaan bagi memastikan keperluan asas seperti jaringan jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dapat disediakan kepada masyarakat kampung yang berada di kawasan pedalaman dan terpencil terutamanya di kawasan Parlimen luas seperti Kinabatangan.

Abdul Rahman berkata perbincangan antara KPLB dan agensi negeri Sabah juga dijalankan secara berkala bagi memastikan projek infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya, bekalan air bersih dapat dilaksanakan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast