TERKINI : SPR Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim 29 Ogos 2020

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Slim, Perak pada 29 Ogos 2020 melibatlan jumlah peruntukan RM4.6 juta.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan 15 Ogos 2020 manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos 2020.

“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding sehingga 11:59 malam 28 Ogos (Jumaat),” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh penting PRK DUN berkenaan di Menara SPR.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast