Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat ahli Parlimen lain bertindak mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Selain Mahathir, keempat-empat lagi ahli Parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Amiruddin dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

Kesemua mereka telah memfailkan satu Saman Pemula (Originating Summons) di Mahkamah Tinggi.

Saman pemula yang difailkan menyebut pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat pada 13 Julai adalah tidak sah, bercanggah dengan perlembagaan atau peraturan mesyuarat dewan.

“Selepas pengosongan jawatan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker Dewan Rakyat, ahli Dewan Rakyat mesti diberi peluang untuk mencalonkan pilihan masing-masing bagi jawatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan peguam mereka, Tetuan Law prctice of Rafique hari ini.

Mengenai dakwaan kerajaan Pakatan Harapan telah mengosongkan kerusi Speaker dan lantikan baharu dibuat tidak memberi notis 14 hari, mereka berpendapat
tempoh jawatan Speaker adalah dalam tempoh penggal
atau hayat Parlimen.

“Semasa kerajaan terdahulu mengambil alih kuasa, jawatan Speaker kosong secara automatik apabila Parlimen Ke-13 dibubar. Berbeza dengan pengosongan kerusi Speaker pada kali ini di mana tempoh Parlimen masih wujud dan belum dibubar,” katanya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Apa lagi yang nak cabar. Tak nak cabar malaikat maut. Kalau terror sangat cabarlah malaikat maut. Tak sedar diri. Nafsu serakah. Buat orang meluat.

  2. Apabila usul diterima untuk tukar speaker pihak yang majoriti pasti akan berjaya melantik speaker baru. Budak2 sekolah menengah boleh tahu ni. Tak tahulah kalau nanti hakim buat pura2 tak tahu. Susah sangat tsmy bubar je parlimen. Kami akan kuburkan munafik dan pengkhianat.

  3. sial betul si tua kutuk nie,
    perangai xubah mcm IBLIS,
    ko terima jela speaker tu,
    semua nie berpunca drpd ko,
    kalau ko xletak jawatan hari tu,
    masalah nie xkan wujud,
    ko mmg xpernah nk cermin diri ko yg berperangai mcm IBLIS,
    ko dah bagi semua org masalah,
    org dah selesaikan masalah ko xpuas hati apa lagi sial?
    anak beranak IBLIS

Comments are closed.