Md Rayhan Kabir

KUALA LUMPUR – Lelaki warganegara Bangladesh yang ditemubual agensi berita, Al Jazeera dalam dokumentari tentang pendatang asing 101 East : ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud yang mengesahkan penangkapan Md Rayhan Kabir semalam berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, Md Rayhan ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya pada pukul 5.45 petang semalam di Setapak, Kuala Lumpur.

Rayhan diburu pihak berkuasa selepas mendakwa dalam dokumentari itu bahawa pendatang asing dianiaya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

Dokumentari yang berdurasi 25 minit 50 saat itu dikritik rakyat Malaysia memandangkan ia mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Covid-19. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Padan muka!! Spesis tak sedar diri!! Kalau dia masuk cara haram tembak je dengan senapang gajah.

  2. Minta gomen buat pulak video cerita camna dia masuk malaysia. Dia sendiri pilih jalan salah, nak org layan depa elok2? Cukup baik dah penguatkuasa malaysia ni.

  3. Padam muka ko..klu boleh smau bngla2 ni halau kluar, myemak je kat mlysia..bgus bgus phik bkuasa dn krjaan buat kputusan tepat…senaria hitam n haram kn drpd masuk mlysia pati sekali…anjing mcn ni jgn bgi muka..tak sedar diri, dah buruk miskin, jahat pula tu..mnusia mcn ni tak patut di biar kn hdp di mlysia..bodoh punya mnusia..

Comments are closed.