Warga Australia diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengekang penularan Covid-19. foto Reuters

MELBOURNE – Victoria, mencatatkan 459 kes koronavirus baharu, jumlah harian kedua tertinggi, kenaikan daripada 357 kes pada hari sebelumnya.

Perdana Menteri, Daniel Andrews dalam taklimat media memaklumkan Victoria juga telah melaporkan 10 kematian Covid-19 dalam 24 jam terakhir, jumlah harian tertinggi di Australia.

Gelombang kedua negeri ini didorong oleh jangkitan di tempat kerja, termasuk di kemudahan penjagaan dan kesihatan orang tua, pusat pengedaran, kilang penyembelihan, kemudahan penyimpanan sejuk dan gudang, kata Andrews.

”Ini menunjukkan ada segelintir orang …yang sakit, menunjukkan gejala tetapi masih pergi kerja.

“Jika ini berterusan, kita akan terus menyaksikan lebih banyak kes,” katanya.

Kes-kes itu dijumpai pada hari yang sama dengan jumlah ujian koronavirus tertinggi, lebih daripada 45,000.

Australia telah berusaha mengelakkan krisis koronavirus terburuk seperti di negara-negara lain, dan mengelakkan ia merebak di Victoria yang telah mencatat lebih daripada 14,400 kes setakat ini.

Victoria kini sedang dikenakan sekatan pergerakan, penutupan sempadan dan pemakaian wajib pelitup muka. – MalaysiaGazette