Max Verstappen juara GP F1 Brazil pada 2019.

LONDON – Sukan permotoran berprestij dunia Grand Prix Formula Satu (F1) Brazil, Mexico dan Amerika Syarikat dibatalkan berikutan krisis Covid-19 yang agak tenat di negara kuasa besar dunia itu.

Berikutan penularan jangkitan Covid-19 makin meningkat secara serius di ketiga-tiga negara itu, Pengurusan tertinggi F1 mengambil keputusan membatalkan perlumbaan tersebut.

Sebagai mengisi kekosongan itu, tiga perlumbaan di benua Eropah akan ditambah dalam kalendar F1 kali ini.

Ia bakal menyaksikan GP F1 Nurburgring di Jerman, Imola Itali dan Portugal bakal kembali menghangatkan litar perlumbaan.

GP AS di Austin, Texas dijadualkan berlansung pada 23 Oktober manakal Mexico seminggu kemudian dan Brazil pada 13 November ini.

Bagaimanapun ketiga-tiga perlumbaan kitu terpaksa digantung terus rentetan situasi kritikal Covid-19.

Pengurusan tertinggi F1 juta akur berdepan cabaran untuk membatalkan perlumbaan itu.

Manakala GP Kanada yang telah dijadualkan semu;a Jun ini selepas digantung pada April lalu turut dibatalkan.

Walaupun Kanada menyaksikan kes penularan rendah, namun kawalan pergerakan di dalam negara serta peraturan perjalanan akan menyukarkan perlumbaan itu diteruskan.

“Setelah mengambil kira penularan kes Covid-19 yang masih kritikal di benua Amerika, GP F1 di Mexico, AS, Portugal, Kanada dan Brazil dibatalkan,” kata F1 dalam kenyataan rasminya.-MalaysiaGazette