KUALA LUMPUR : Seorang aktivis yang mendakwa dirinya keturunan Hang Jebat, Izam Mat Isa hari ini menasihatkan Datuk Lokman Noor Adam.
Menurutnya, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu supaya jangan terus menjadi batu api dengan melaga-lagakan sesama pemimpin Melayu.
Ia ekoran Lokman mengeluarkan kenyataannya baru-baru ini mendakwa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipenjarakan pada 28 Julai ini malah beberapa pemimpin UMNO turut akan mendapat nasib sama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Lokman mengeluarkan kenyataan itu, kata Izam tatkala ramai pihak sedang berusaha membina semula negara dengan penyatuan ummah Melayu dan Islam.
Menurutnya, ejarah menyaksikan hasutan dan fitnah telah menyebabkan runtuhnya Melaka dan tidak beraja sehingga kini. Begitu juga telah meruntuhkan UMNO BN dalam PRU-14 lalu.
Beliau mengulas nengenai video Youtube Lokman Adam berdurasi 14.07 minit bertajuk ‘Najib akan ke penjara 28 hb?’ yang tular baru-baru ini.
Lokman menerusi video berkenaan berkata; “Saya dapat pengesahan hari ini bahawa Datuk Seri Najib (DSN) ada 24 hari lagi sebelum keputusan 28hb. Saya difahamkan mereka akan penjarakan DSN yang menyebabkan saya sedih.
“Kita ada calon sendiri yang berwibawa tapi malangnya calon difitnah. Tiada cara lain yang mereka akan buat selain sumbat DSN pada 28hb kerana cara itu sahaja bagi kekalkan Tan Sri Muhyiddin membolehkan perancangan mereka memperkudakan atau menggunakan UMNO.
“Bukan Datuk Seri Najib ke kena penjara tapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun kena, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun kena..Daripada maklumat saya terima saya nampak beberapa kes sengaja dilepaskan untuk memastikan mereka dijadikan kambing hitam bosku,” katanya.
Justeru, Izam turut menjelaskan apa yang dikatakan oleh Lokman itu menepati apa yang telah diingatkan oleh Laksamana Hang Tuah sejurus sebelum beliau ‘menghaibkan’ dirinya – dua bulan kemudiannya barulah Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
“Saya ulang amaran oleh Tuah bahawa ‘Tidak Melayu hilang di dunia dek kerana Melayu juga’. Yang mengaku Melayu inilah musuh dalam selimut yang mesti dihapuskan terlebih dahulu.
“Analoginya, kapak tidak boleh menumbangkan sebatang pokok besar melainkan disebabkan oleh pokok juga yang kayunya dijadikan hulu kapak itu.
“Ajaran Tuah Jebat supaya Melayu sentiasa berwaspada kerana serangan bukan hanya dari luar tetapi juga dari musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan.
“Walaupun zaman berubah memasuki era peperangan akhir zaman yang tidak menggunakan pedang namun ajaran Tuah Jebat ‘kuatkan kuda-kuda, tahan, belah dan balas serangan yang datang dengan serentak’ sentiasa terpakai dan tak akan hilang di dunia, “katanya.
Dalam pada itu, Izam yang dikenali sebagai Izam CJ menawarkan dirinya untuk dijadikan sampel kajian dengan mengambil sampel DNA dirinya supaya boleh dijadikan rujukan permulaan pengesahan sejarah Hang Jebat lima bersaudara.
“Semoga menjadi titik permulaan penyatuan anak cucu cicit keturunan orang asal Tanah Melayu Tuah lima bersaudara. Jika bukan Melayu siapa lagi yang nak menjaga Semenanjung Tanah Melayu ini?” soalnya.- MalaysiaGazette
DARI HANG NAK SOUND ORG MELAYU,HG P SOUND ORG2 MELAYU MUNAFIQ PAN N BANGSAT2 KAFIR KOMUNIS YANG HINA MELAYU,ISLAM,RAJA2 MELAYU..
AKU BUKAN PENYOKONG LOKMAN,TAPI DARI AWAL DIA BERSAMA DSNR SEMASA BN JATUH N DSNR NAIK TURUN MAHKAMAH,
PEMIMPIN PENGAMPU LAIN HILANG TERUS,SIAP LOMPAT N LARI,ITU YG HG PATUT SOUND..
DENGAN BANGSA SENDIRI CEPAT SAJA JENIS2 HGPA NI SOUND,NGAN BANGSA LAIN,..NAK ANGKAT TANGAN PON AKU TAK NAMPAK.
Najib masuk saja dlm undi aku akan terus bersama BN
Lokman boleh didakwa atas tuduhan menghina mahkamah sbb dia mendahului mahkamah.
Kebiasaannya manusia yg jenis suka hendak menilai, mengampu, mengutuk, menghina, mencari, memfitnah dll adalah paling bahaya,, Kerana sifatnya spti sesumpah.. Dlm Islam dipanggil munafik !! Ibarat jugalah seperti dedalu diatas pokok,, yg boleh dihisap dan dibunuhnya pokok dlm senyap… Macam cerita arwah P Ramlee yg jadi watak sebagai( Buang ) orang ini sepatutnya dibuang saja dlm parti,,, paling bahaya !!!
Zaman Hang Tuah Ada Parti UMNO ke….kompius dan ada ke 1MDB dan SRC dan ada ke BERLIAN merah Jambu…
Ish..nama saja keturunan jebat. Tp pengajaran keysah dolu kala, kau tak mau pakai ya izam. Jangan kau ikut amarahmu semacham jebat tp jgn juga kau patuh membuta tuli saperti tuah. Tak perlu kau keycoh2 izam. Tunggu saja mahkamah pileh Najib itu salah atau benar. Nah, lepas itu chakap lah apa saja kau suka.