Kylian Mbappe mengalami keretakan buku lali selepas diterjah keras oleh pemain Saint Etienne pada final Piala Perancis Jumaat lalu.

PARIS – Bintang muda Paris Saint Germain, Kylian Mbappe mendengar sendiri bunyi buku lalinya retak selepas diterjah keras oleh pemain Saint Etienne dalam aksi final Piala Ligue 1 Perancis Jumaat lalu.

Pemain Perancis berusia 21 tahun itu sedih dengan nasib yang menimpa dirinya dan terpaksa meninggalkan padang dengan kecederaan serius itu tanpa menjaringkan gol membantu pasukan.

Pemain berkenaan Loic Perrin dilayang kad merah ekoran terjahan ke atas Mbappe.

PSG dalam aksi tersebut brjaya menjulang Piala Perancis ke-13 dalam koleksi kelab itu.

“Ada keretakan buku lali. tapi saya tidak merasakan tulang patah,” katanya semasa perbualan bersama presiden kelab itu, Macron sejurus selepas perlawanan tersebut.

Mesej berlambak dari pemain-pemain termasuk bintang Manchester United Marcus Rashford.

Kecederaan itu kini mengakibatkan bintang muda itu melawan masa untuk kembali pulih menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan dimulakan pada 7 dan 8 Ogos ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast