MELBOURNE- Harga minyak naik pada hari ketiga berturut-turut, didorong oleh sokongan permintaan hasil daripada rangsangan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat dan kedudukan dolar yang lemah.

Kejatuhan dolar menjadikan harga minyak mentah lebih murah untuk pembeli global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.35 atau 0.8%, kepada AS$ 43.76 setong pada 0118 GMT, menambah kenaikan 0.2% pada hari Isnin.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.27 atau 0.7%, kepada AS$ 41.87 setong, meningkat pada kenaikan 0.75% pada hari Isnin. – MalaysiaGazette