Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR – Keputusan kes mahkamah membabitkan Datuk Seri Najib Razak akan mengubah dinamik UMNO.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kepimpinan dapat membawa parti ke arah yang betul dengan meletakkan kepentingan parti, kerajaan dan negara sebagai keutamaan tertinggi.

“Nasihat saya kepada semua, kekal bertenang dan jangan buat pendirian terburu-buru apatah lagi berlandaskan emosi,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, Menteri Luar Negeri itu menerima keputusan mahkamah dengan perasaan bercampur baur.

“Walaupun keputusannya berat namun saya kagum dengan ketabahan, kesabaran dan kecekalan Datuk Seri Najib menghadapi ujian selama ini.

“Saya pasti beliau akan terus melalui proses rayuan,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. UMNO skrg dah berpecah dua..satu yg sokong Mudin..dan satu lg yg membenci Mudin yg meneruskan kezaliman Medey terhadap Najib…laaa ni menteri2 UMNO yg duk dlm kabinet Mudin ni amat dibenci oleh kebanyakan org UMNO…termasuklah KJ, Hishamudin dan Ismail Sabri…Inshaallah kerajaan Mudin akan runtuh dgn keluarnya Ahli2 parlimen BN yg tidak mahu bersubahat menzalimi sdrq se Islamnya…PN akan kehilangan kerusi termasuklah Pekan & Bagan Datok dan beberapa kerusi lg…Inshaallah

Comments are closed.