TERKINI : Tak Mustahil Ada Gelombang Ketiga Covid19 – Dr. Noor Hisham

“Kemungkinannya tetap ada kalau kita rakyat Malaysia tak patuh kepada SOP. Sekarang ini kalau nak mencegah, tindakan pencegahan lebih penting sekarang ini iaitu sebelum kes meningkat secara mendadak.

“Kluster-kluster baharu ini diibaratkan sebagai bara yang sedang membakar. “Bara kalau jumpa bahan api akan merebak menjadi satu pembakaran yang besar.

Jadi kes akan meningkat secara mendadak,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM, hari ini.

Dr Noor Hisham juga membayangkan sekiranya kes dan kluster baharu terus meningkat, pihaknya besar kemungkinan tidak berupaya untuk merawat pesakit dalam fasiliti kesihatan sedia ada.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast