BEIJING – China melaporkan 101 kes jangkitan koronavirus baru di semalam, meningkat daripada 68 kes sehari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 89 kes direkodkan wilayah barat Xinjiang dan satu di Beijing, sementara tiga lagi adalah kes import, menurut satu kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Nasional.
China melaporkan 27 pesakit tanpa gejala baru, menurun daripada 34 kes sehari sebelumnya.
Setakat hari Selasa lalu, China melaporkan sebanyak 84, 060 kes baharu koronavirus yang disahkan, kata pihak berkuasa kesihatan.
Angka kematian Covid-19 kekal pada 4,634. – MalaysiaGazette